PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM

DUA022: PENGURUSAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH:PUAN RUSWANI WAN ABDULLAH

KELAS:DAT2B
NAMA PELAJAR:
NUR SYAHIRA BT SAHLAN
02DAT16F2020
WAN NUR 'AIN NABILAH BT WAN SOLAH
02DAT16F2034
NUR ALYANI BT RAZALI
02DAT16F2046
NUR ATIQAH AQASHAH BT MAZLAN
02DAT16F2006
FATIN DZUKIRAH BT RAMLI
02DAT16F2008


PENGHARGAAN


Syukur kehadrat illahi dengan limpah kurnianya kita diberikan kesihatan yang baik untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya.

Pertamanya kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Pensyarah kesayangan kami, Pn Ruswani bt Wan Abdullah kerana memberi tunjuk ajar serta bimbingan daripada awal hingga akhir dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan suksesnya.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan yang memberi tunjuk ajar serta kerjasama dalam menyiapkan kerja e-folio ini. Mereka telah memberikan kami segala pertolongan dan sokongan moral sehingga kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam kerja menyiapkan e-folio ini secara langsung atau tidak langsung.

Sekian, Terima Kasih.


Pengenalan


Pengurusan islam merupakan proses penting bagi mengendalikan manusia, organisasi dan matlamat pengurusan islam yang hendak dicapai berlandaskan Al-quran dan hadis. Pengurusan islam merangkumi peranan tauhid sebagai asas pengurusan. Pendekatan islam sebagai satu cara hidup yang menyeluruh dan bersepadu dalam melaksanakan pengurusan islam ia merupakan unsur penyerahan diri manusia sebagai khalifah di muka bumi yang tunduk dan patuh kepada kepada perintah Allah s.w.t.  AffendI Hassan berpendapat bahawa pengurusan islam ialah satu penggembelengan tenaga dan sumber, melalui perancangan, arahan dan kawalan dalam sesebuah organisasimengikut prinsip dan nilai yang ditetapkan dalam islam.  


OBJEKTIF DAN PRINSIP PENGURUSAN ISLAM

a. Menjaga keselamatan agama
=>merupakan matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seorang muslim.
=>agama menjadi pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan berkaitan rapat dengan soal akidah.

b. Menjaga keselamatan jiwa(nyawa)
=>menjaga dan memelihara jiwa(nyawa) serta tubuh badan manusia

c.Menjaga keselamatan akal
=>akal dan pemikiran perlu dijaga kerana ia merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada     manusia .
=>keistemewaan yang membezakan manusia berbanding makhluk yang lain.
=>akal juga perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan ummah secara keseluruhan.

d. Menjaga keselamatan maruah
=>memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah.

e. Menjaga keselamatan harta
=>menjaga harta dan pemilikan merupakan salah satu tujuan atau maqasid al-syariah .



Definisi Pengurusan Islam


Di dalam pengurusan dalam Islam, terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya:

  • Ahmad Ibrahim Abu Sin 
Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.


  • Profesor Syed Othman Alhabshi                                              
Pengurusan merupakan satu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia, dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

  • Muhammad A.Al-Buraey
Pengurusan merupakanpenyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.


PRINSIP ASAS PENGURUSAN ISLAM

 )  A)  . AL-Ubudiyyah
: prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi utama manusia sebagai hamba Allah.
: merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah.
"Janganlah kamu sembah dua Tuhan.Hanya dia Tuhan yang Esa, sebab itu takutlak kamu kepadaKu.Allah memiliki apa-apa yang dilangit dan di bumi dan kepada-Nya hendaklah kamu ptuh selam-lamanya. Adakah kamu takut kepada yang lain daripada Allah" 
Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan muka bumi.


KONSEP UBUDIYAH

1. Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana sahaja .

2. Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiah) Allah serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan pembentukkan individu warganya,tetapi juga membentuk halatuju serta budaya organisasi tersebut.





 PERKARA PENTING YANG BERKAITAN DENGAN UBUDIYYAH SERTA HUBUNGANNYA:

1. Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian diri kepada Allah.
2. Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Ini menjadikan cara untuk untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan prinsip islam dan menegaskan penolakan terhadap kensep'matlamat menghalalkan cara'.
3. Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong oleh semangat pengabdian diri kepada Allah .


KESAN YANG POSITIF KEPADA PEMBENTUKAN WATAK WARGA ORGANISASI ERTA BUDAYA ORGANISASI YANG DIWUJUDKAN:

1. Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan agama. Ini mereka seorang yang sensitif dengan arahan dan tegahan agama. Oleh itu,ia dapat mengambarkan bahawa agama menjadi nilai atau prinsip utama dalam sesebuah organisasi
2. Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya .
3. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar dengan nilai dan prinsip agama. Ini akan menyumbang ke arah pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negatif .
4. Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan dalam organisasi. Seluruh warga dapat menjadikan agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan    perkambangan organisasi .





Definisi Al- syura

)B)  . Al-Syura
: merupakan prinsip pengurusan islam yang kedua .
: kepentingan ditegaskan dengan nyata di dalam Al-Quran dapat dikukuhkan oleh sunnah Rasulullah s.a.w serta bekalan para sahabat .


KEPENTINGAN AL-SYURA DALAM HUBUNGAN DENGAN PENGURUSAN:

1. Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan logik akal, keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada pandangan seorang .
2. Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang lebih matang dan mendalam .
3. Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana ia dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai .
4. Melalui syura , kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara ramai .
5. Syura akan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama. Dengan ini , mereka akan merasakan keputusan dibuat itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja .

6. Syura juga merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu berpengalaman dan berkemahiran. 

SIFAT-SIFAT BAIK YANG  DISYARIATKAN:

1. Seorang yang pintar atau bijaksana,berpandangan jauh dan berhati suci .
2. Seorang yang tidak melakukan kezaliman dan tidak membantu orang-orang yang zalim dan melakukan kejahatan .
3. Seorang yang jujur dan bertaqwa .
4. Seorang yang tidak pengecut tidak kedekut dan tidak tamak .


FUNGSI SYURA:

1. Menggubal peraturan-peraturan organisasi .
2. Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah .
3. Meluluskan program-program kewangan .
4.Mengulangkaji dasar-dasar organisasi dan memikirkan bagaimanakah cara untuk melicinkan               lagi pentadbiran organisasi .
5.Berkuasa mengishtiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu .
6.Meluluskan kontrak, perkonsian dan perjanjian dengan organisasi luar .
7.Memberikan kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan pendapat demi                               kemaslahatan organisasi .
8.Menggunaan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syura .


     C) Al-Hurriyah
: Al-hurriyah atau kebebasan menjadi salah satu prinsip pengurusan islam.
: Islam menentang sebarang bentuk penghambaan tanpa pengalasan kecuali penghambaan terhadap Allah.


ISLAM MENJAMIN KEBEBASAN MANUSIA :
1. Kebebasan beragama, atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti .
2. Kebebasan berfikir .
3. Kebebasan bersuara.
4. Kebebasan memiliki dan mencari harta.
5. Kebebasan untuk menuntut ilmu.
6. Kebebasan bergerak.


KEBEBASAN DALAM ISLAM DIJAMIN UNTUK SETIAP INDIVIDU:
1. Ia tidak menganggu kepentingan orang lain, atau kepentingan awam. Hal ini kerana dalam islam, apabila bertembung antara kepentingan peribadi dengan kepentingan umum, kepentingan umum itu hendaklah didahulukan .
2. Tidak menganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan diri.
3. Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal .


  D)  . AL-Musawah
: AL-Musawah atau persamaan adalah di antara prinsip pengurusan di dalam islam.
: Persamman ini berkaitan dengan hakikat bahawa manusia adalah berasal daripada keturunan yang satu iaitu berasal daripada Nabi Adam a.s .
: Hanya yang membezakan setiap manusia itu dengan manusa yang lain ialah amalan,tanggungjawab dan ketakwaan .


PELAKSANAAN MUSAWAH ATAU PERSAMAAN DI DALAM ORGANISASI;
1.Semua warga organisasi harus diterima sama rata , terutama dari sudut peraturan dan undang-undang.
2.Warga organisasi hendaklah dilayan dan dihormati dari sudut kemanusiaan, keranan setiap manusia      mempunyai maruah, kecenderungan dan sifat serta cita rasa yang tersendiri.
3.Persamaan juga hendaklah diaplikasikan dari sudut peluang dan kemudahan yang diberikan agar setiap pekerja dapat merasai peluang dan hak yang sama .
4.Pembahagian tugas hendaklah mengambil kira aspek kemanusiaan dan persamaan .




 KETAATAN KEPADA ORGANISASI

PENGENALAN
Manusia digalakkan untuk sentiasa mengamalkan prinsip dan semangat berorganisasi.
contoh; umat islam amat digalakkan mengerjakan solat secara berjemaah dengan melantik seorang ketua(imam).
Begitu juga dengan urusan musafir, manusia digalakkan bermusafir secara berjamaah dan melantik seorang ketua daripada mereka .

DEFINISI ORGANISASI
Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan yang lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi.
Yusof Ismail mengungkapkan organisasi  didefinasikan sebagai "struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan".

KETAATAN KEPADA ORGANISASI
Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada pekerjanya .
Prinsip utama ketaatan ialah elagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan islam maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan olh majikannya.

FAKTOR ORGANISASI
Arahan tersebut mestilah berada dalam bidang tersebut.
Kerja yang disuruh tersebut terdapat dalam deskripsi kerja.
Kerja tersebut boleh dilakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja.

KESETIAAN KEPADA ORGANISASI
Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya. Beliau TIDAK BOLEH :
1.Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya .
2.Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikatnya .
3.Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi pesaing.

KEPATUHAN KEPADA DISIPLIN
1.Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar.
2.Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang berkerja di dalamnya.
3.Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi akhirnya.
4.Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan diri pengurus itu sendiri.

CIRI-CIRI ORGANISASI
=>Mencerminkan identiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah       memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat       awam amnya.
=>mempunyai hierarki atau tingkat autoriti.
=>organisasi jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan.
=>organisasi pembuata mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian penfeluaran pentadbiran.


PENURUNAN AUTORITI DAN KUASA YANG WAJAR DALAM PENURUNAN TUGAS

=>Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya.
=>Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan kerja masing-masing.
=>Seorang pengurus mesti memberikan oekerja tersebut autoriti dan had kuasa bagi  membolehkan menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.
=>Kuasa yang diberikan perlulah wajar dengan autoriti kerja.

PENURUNAN KUASA DI ZAMAN RASULULLAH DAN SAHABAT
Abu Bakar telah memberi kebebasan kepada gabenor dalam mengendalikan urusan pentadbiran tempatan, permaslahatan awam dan mereka juga bertanggungjawab untuk bertindak selaku penyelidik baik dalam keadaan tertutp atau dalam keadaan terbuka.

MEMBINCANGKAN PEMBERIAN GANJARAN
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman,maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia Dengan Kehidupan Yang baik; dan Sesungguhnya Kami akan membalas mereka , Debgan memberikan pahala Yang lebih dari apa Yang mereka telah kerjakan". (al-Nahl : 97)


PEMBAHAGIAN GANJARAN

EKSTRINSIK
=> Ganjaran kewangan seperti kenaikan upah dan bonus.

INSTRINSIK
=> Ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil pekerja cemerlang.


Kesimpulan

Dalam bab ini, kita telah membincangkan tentang pandangan semesta Islam tentang Allah, manusia, alam, ilmu dan nilai. Islam bukanlah satu ajaran yang utopia iaitu sesuatu yang tidak mampu dicapai dan dilakukan oleh manusia.Sebaliknya, ajaran Islam merupakan ajaran wahyu yang mudah dan realistik untuk semua manusia di semua tempat pada semua masa.Selain itu, Islam juga mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap kehidupan di muka bumi termasuk kepentingan ilmu dan sistem nilai.Sesungguhnya sarjana pengurusan dan pentadbiran sehingga belum lagi dapat memberi satu definisi yang tunggal untuk pengurusan dan pentadbiran. Sebab itulah konsep pengurusan dan pentadbiran sentiasa bercampur aduk antara satu sama lain dan tiada garis pemisah yang jelas. Teori pengurusan dan pentadbiran telah bercambah seperti cendawan tumbuh.Namun demikian, teori yang dikemukakan dari perspektif etika lebih matang dan unggul.



Sumber rujukan
*Buku teks pengurusan dalam islam
*Asmahan mokhtar merupakan Ketua Jabatan di Jabatab Pengajian Am,Politektik Sultan Azlan Shah.Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.
*Nurshahiza Mohamad Isa merupakan pensyarah di Politeknik Seberan Perai .Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pernah terlibat dalam penulisan Kurikulum Politeknik bagi kursus-kursus Pendidikan Islam.
*http://cintajannah.blogspot.my/2015/12/pengenalan-pengurusan-islam-merupakan.html?m=1

Comments